Nyanyian memukau ditunjukkan pendatang baharu, Aisha Retno menerusi lagu Sutera di pentas Semifinal Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) baru-baru ini mendapat pujian daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Memetik hantaran di laman sosial miliknya, Siti secara terbuka memuji bakat seni dimiliki penyanyi tinggi lampai sedang meningkat naik tersebut.
- BACA: Dilabel Lagu Sendu, Shiha Zikir Sebak Karya Etnik, Kalam Lolos Ke Pentas AJL38 – “Saya Sebenarnya…”
Dalam hantaran sama, Siti turut mengulang siar potongan artikel berita tentang pujiannya yang ditujukan kepada gadis berdarah kacukan Malaysia-Indonesia itu.
Terdahulu, Aisha pada hari Sabtu lalu telah meraih pencapaian awalnya sebelum ke pentas keramat Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) apabila karya berjudul Sutera nyanyiannya diiktiraf selaku lagu terbaik bagi hari kedua SFMM38.
Justeru, beberapa sedutan video persembahan Aisha mempersembahkan Sutera yang dimuat naik peminat di media sosial telah tular sehingga berjaya menarik perhatian pelantun lagu Purnama Merindu itu.
@agathawitch33 Congratulations Kak @Aisharetno , perfect ❤️❤️❤️ #sutera #aisharetno #sfmm38 #trending #fypmalaysia #fyp ♬ original sound – AgathaWitch33 – AnyaCutie
Lantas Siti tidak mahu ketinggalan meraikan Aisha apabila meninggalkan maklum balas di ruang komen satu hantaran video berkenaan dengan menyuarakan keterujaannya menyaksikan kehebatan juniornya itu.
Malah, komen Siti mendapat respons positif wargamaya, sekali gus mereka meramalkan naskhah nukilan Aisha bersama-sama trio komposer MFMF terbabit berpotensi besar menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) pada bulan Mac tahun hadapan. – ALE-ALE