Kebelakangan ini heboh memperkatakan desas-desus berhubung penyanyi Kaka Azraff yang didakwa ditamatkan kontrak kerana menyuarakan isu konflik Palestin di media sosial.
Justeru itu, label antrabangsa berkenaan tampil dengan satu kenyataan akbar mengesahkan tentang penamatan kontrak Kaka yang berkuat kuasa pada 31 Disember ini.
Bagaimanapun, Warner Music dalam kenyataannya mengakui bahawa artis di bawah naungan mereka itu adalah seorang penyanyi berbakat besar.
“Meski kami teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, tetapi, sesiapa yang bertindak demikian tanpa mengira kumpulan, bangsa atau agama, kami tetap membuat keputusan yang sama,” tegas Warner Music.
Menurut salinan surat yang tular sebelum ini, Kaka harus memenuhi setiap aktiviti seni yang sudah dijadualkan pihak Warner Music sehingga selesai biarpun diadakan selepas tarikh kontraknya ditamatkan.
Terdahulu, Kaka atau Nor Atiqa Azraff, 34, dengan beraninya memberi komen balas terhadap hantaran IG Story pelakon pro-Israel kelahiran Australia, Nathaniel Buzolic.
Memetik mesej dikirimkan, Kaka dengan tegas menolak Israel, selain menyeru nama pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang terkenal dengan pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi.
Justeru, syot layar teks kiriman Kaka didedahkah oleh Buzolic berdasarkan satu hantaran yang dikongsikan melalui akaun Instagram, Jew Hate Database.
Lebih memburukkan keadaan, aktor terbabit menyeru semua pengikutnya yang pro-Israel ‘menyerang’ dan menjatuhkan Kaka.
Pun begitu pada 13 Oktober lalu, syarikat induk, Warner Music Group pernah memuat naik hantaran di Instagram yang menyatakan sokongan teguh mereka terhadap Israel, di samping menyifatkan Hamas sebagai pengganas. – ALE-ALE
1 thought on ““Fvcking Fag90t!” – Guna Perkataan Kesat Terhadap Puak Zionis, Warner Music Tamatkan Kontrak Kaka Azraff”