Pelakon sensasi, Izreen Azminda tidak dapat menahan sabar dan tampil membidas kenyataan bekas madunya, Intan Saleh di IG Story.
Menerusi beberapa hantaran, Izreen mendedahkan syot layar sebagai bukti mendakwa Intan tidak henti-henti membuat naik status berbaur provokasi terhadapnya bersama suami, Ude Wahid.
“Banyak dah terbuka di mahkamah yang kau kacau aku. Kau gelabah, terus pergi melalak semata-mata nak tengok orang kecam hina aku. Memang terapi kau ke selama enam tahun ni suka tengok orang maki hina aku?” dedahnya.
Malah, Izreen juga berkata, peguam mewakili kedua-dua belah pihak telah pun berjumpa untuk berunding mengenai isu tersebut pada Jun lalu, namun sehingga kini masih tiada jawapan daripada pihak Intan sendiri.
“Bila tak ada jawapan kami proceed ke mahkamah sampai 30 November kes sudah berjalan masih tak dapat jawapan daripada pihak kau sampailah 1 Disember 2023, baru ada kemasukan dari lawyer kau. Sedangkan kes dah jalan dari Julai 2023,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Izreen juga memaklumkan sebanyak tiga notis dari mahkamah telah dihantar ke rumah Intan namun pihaknya itdak mengendahkan surat tuntutan mahkamah tersebut.
“Notis ketiga dah hantar tapi kau masih ego! Masih lagi nak menganjing aku di IG Story kau. Bukan sikit-sikit, dalam mahkamah nanti silakan tengok balik provokasi kau,” ujarnya.
Izreen kesal apabila permohonan maaf seikhlas hati yang dibuat secara langsung di Melodi TV3 pada dua tahun lalu terhadap Intan tidak diterima.
Malah, konflik menjadi lebih parah sehingga nama dan imej Izreen tercalar akibat pelbagai dakwaan mengatakan dia tidak henti mengganggu Intan.
Bagaimanapun, kes mahkamah antara Intan dan Izreen masih berlangsung.
“Aku diam selama ni sebab aku taat dengan permintaan Ude sebagai suami. Tapi kau tak habis-habis provoke dan terus provoke macam aku ni batu!
“Aku dah seikhlas hati minta maaf dekat kau masa kat Melodi tapi kau spin macam lain pula masa hari tayangan. Kau tak maafkan it’s okay. Tapi kau jangan nak lebih-lebih fitnah aku bukan-bukan,” tambahnya.
Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada Izreen dan Ude.
Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.
Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya. – ALE-ALE
2 thoughts on “Tidak Tahan Diasak, Akhirnya Izreen Azminda Dedah Sikap Sebenar Intan Saleh – “Sabar Aku Ada Had Ya!””