“Tolong hubungi abang atau kakak saya.”
Begitulah bunyi pesanan dipercayai ditinggalkan seorang lelaki yang mayatnya ditemui sudah mengembung di dalam sebuah kereta.
Terdahulu, para peniaga dan pengunjung jualan but kereta (car boot sale) di Kota Damansara, Petaling Jaya digemparkan dengan penemuan mayat di dalam keretayang berada di lot parkir berdekatan tapak acara itu berlangsung pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly dalam kenyataannya semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan kes itu daripada orang awam pada kelmarin.
“Mangsa adalah seorang lelaki yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza kira-kira jam 12 tengah hari di kawasan parkir di Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara.
“Si mati dipercayai telah meninggal dunia lebih dari lima hari memandangkan keadaan mayat yang sudah pun kembung ketika ditemukan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
@alealedr_portal Macam-macam hal terjadi sekarang ni… hampir setiap hari… #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #currentaffairs #kotadamansara #carbootsale ♬ original sound – ALE-ALE
Sehubungan itu kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat sama ada melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.
Jelasnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062.
Terdahulu, pengunjung serta peniaga tapak jualan but kereta (car boot sale) di Kota Damansara digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta.
Orang ramai yang kebetulan melalui kawasan itu menghidu berbau busuk dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan mengembung bersama sekeping nota. – ALE-ALE