Seorang pencipta kandungan dan juga pakar teknik penulisan tular, Muhamad Harris Nasril menerusi akaun Facebook miliknya semalam berkongsi transkrip perbualan penuh dua hos program bual bicara Wanita Hari Ini yang baru-baru ini heboh diperkatakan tentang ketidakmahiran mereka menyiang ikan dalam siaran langsung di TV3.
Lampiran di bawah adalah hantaran dikongsikan Hasril, secara tidak langsung menerangkan butiran terperinci perbualan antara Sugee dan Syira.
Hasril berharap sangat segelintir pihak yang melemparkan hinaan dan kecaman terhadap kedua-dua hos berkenaan mendengarnya dari awal rakaman.
@alealedr_portal Setakat siang ikan, tak bagi masalah pun kalau tak reti… #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #currentaffairs #whi #host ♬ original sound – ALE-ALE
Klip video di atas cumalah sedutan pendek daripada keseluruhan rakaman yang telah dimuat naik, mungkin bertujuan hanya untuk memalukan Sugee dan Syira.
Susulan pendedahan dibuat oleh Harris ini, diharapkan pihak yang mempertikaikan dan memperlecehkan Sugee serta Syira pertimbangkan penilaian mereka dan kesannya. – ALE-ALE
1 thought on “Transkrip Penuh Perbualan Hos WHI Singkap Kebenaran – “Klip Pendek Itu Bertujuan Untuk Ketawakan Mereka””