Benarlah kata orang, duit boleh menggelapkan mata tanpa mengira status dan tanggungjawab yang digalas.
Di media sosila Facebook baru-baru ni dihujani dengan komen netizen mendakwa seorang wartawan TV kerajaan terima ‘duit tepi’ gara-gara tindakannya menemuramah seorang individu yang dikatakan jutawan hartanah.
Rata-rata di ruangan komen mendakwa jutawan hartanah itu pernah terpalit kontroversi dengan urusan jual beli hartanah melibatkan orang kampung.
Wartawan itu pula, boleh membabi buta menemubual lelaki berkenaan untuk laporan khas beritanya yang kononnya bagi menimbulkan kesedaran orang ramai taktik ejen hartanah palsu.
Adakah stesen TV kerajaan itu tidak membuat semakan sebelum mengeluarkan sebarang laporan atau pun sekadar tutup mata selagi tidak menjejaskan reputasi syarikat?
Menguatkan lagi andaian itu, difahamkan laporan khas berkenaan telah dihapuskan di laman sosial agensi berkenaan selang beberapa hari dimuat naik.
Selidik punya selidik, rupa-rupanya wartawan itu yang seringkali bertindak umpama ‘hero’, sudah banyak buat ‘duit tepi’ untuk siarkan berita yang berkepentingan peribadi.
Ada juga dakwaan, dia seringkali mendekati golongan VIP dan NGO yang berduit semata-mata nak ‘pau’ duit mereka.
Janji diberikan “Nak keluar TV, bayar duit ‘kopi.” Fuh, senang betul buat duit.
Difahamkan, tindakan lelaki itu sudah dihidu pihak atasa,n namun tiada tindakan dikenakan.
Sudah-sudahlah buat duit haram. Awak tu mewakili agensi berita sahih.
Semoga si pelaku sedar dengan kesalahannya dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi menjadi peringatan kepada semua orang.
Jangan hanya kerana bertuhan duit, segala kesalahan dilanggar. – ALEALE.DR