Penyanyi remaja sensasi, Ismail Izzani memaklumkan bahawa dia enggan lagi peduli dengan sebarang gelaran mahupun tanggapan orang sekeliling.
Malah bagi Ismail, mujur dia masih mempunyai perasaan terhadap wanita, daripada bernafsu terhadap kaum sejenis.
Tambah penyanyi lagu Sabar itu, dia mempunyai kehidupan peribadi dan mula belajar untuk menyusun keutamaan dalam hidup seperti membahagikan masa kerja, keluarga dan cara terbaik berdepan kontroversi.
Saya juga manusia biasa tak lepas melakukan kesalahan. Ini bukan bermaksud saya gembira dengan apa yang lakukan dan saya tak cakap saya menyesal berada dalam bidang ni.
Ujar Ismail, setiap permasalahan ditempuhinya merupakan satu proses pembelajaran dan juga cabaran buat dirinya sebagai anak seni.
“Saya percaya sentiasa ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Pokok pangkal bagaimana saya berdepan dan bukan lari daripada masalah,” jelas ana muda itu.
Terdahulu, nama Ismail menjadi tumpuan apabila wujud dakwaan berbaur fitnah yang mengatakan penyanyi itu telah menghamilkan seorang wanita di luar tali pernikahan.
Ismail kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan ia adalah fitnah semata-mata. – ALEALE.DR
Sumber: MURAI