Ekoran tamatnya kes saman difailkan Siti Nordiana sebanyak RM2.5 juta terhadap lima sekawan yang diselesaikan dengan baik, Lan Solo bersama isterinya serta Syura Badron mengambil kesempatan itu untuk mengadakan sidang akbar.
Dalam sidang akhbar yang berlangsung semalam, Lan melalui peguamnya, Azlan Abdul Razak berkata, pertemuan bersama media itu diadakan bukan kerana hendak mengkritik, sebaliknya hanya mahu memperbetulkan persepsi umum.
“Tujuan majlis hari ini (semalam) diadakan adalah untuk memberitahu secara menyeluruh tentang hal sebenarnya dan fakta yang mungkin terlepas pandang oleh mereka yang di luar mahkamah.
Azlan berkata, sebagai peguam dia memerhati tindakan beberapa pihak yang melemparkan pelbagai kata-kata cacian kepada anak guamnya sepanjang tempoh dua tahun setengah kes itu berlangsung.
Ditanya mengenai sesi perdamaian melalui permohonan maaf semua pihak, Azlan berkata, itu adalah kali pertama permohonan maaf berlaku.
“Sesi bermaaf-maafan yang berlaku semalam adalah kali pertama. Sepanjang kes ini berlangsung, peguam masing-masing tidak menyarankan agar ada komunikasi antara plaintif dan defendan.
- BACA: “Tak Perlulah Sampai Buat Live Nak Burukkan Kawan…” – Kes Saman Siti Nordiana Dan Lima Rakan Artis
“Cadangan itu dipersetujui dan ditandatangani menyebabkan kes ini tidak diteruskan sehingga ke penghujungnya. Hakim memberi saranan supaya terma-terma itu boleh dipanjangkan kepada semua pihak termasuk media,” katanya.
Penghakiman Persetujuan juga merakamkan tiga terma yang mendapat persetujuan kesemua pihak.
“Terma-terma penghakiman yang mendapat persetujuan adalah, tanpa gangguan terhadap liabiliti, semua pihak saling bermaafan di hadapan hakim secara terbuka di mahkamah terbuka.
“Plaintif juga tidak mempunyai kebebasan untuk memfailkan semula kes ini dan tiada perintah terhadap kos,” katanya. – ALE-ALE
Sumber: HARIAN METRO