Penyanyi dan pelakon sensasi, Bella Astillah tanpa berselindung mengakui sengaja menjalin hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir seperti dakwaan yang tular sejak semalam.
Bella bagaimanapun memperjelaskan, hubungan yang terjalin sejak Oktober tahun lalu itu adalah dirancang demi membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu.
- BACA: [V] Pasangan Pelakon Sedang Jalani Penggambaran Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Milik Artis Wanita
“Dari semalam saya sudah dengar pasal gosip ini. Selain netizen, rakan terdekat pun bercakap tentangnya.
“Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi pada tahun lepas, sudah lama. Niat saya cuma mahu buatkan Aliff cemburu. Saya yakin rakan-rakan yang kenal tahu bagaimana sayangnya saya terhadap Aliff.
“Atas alasan itu, saya mempergunakan orang lain supaya suami cemburu kerana pada masa itu, Aliff sedang curang dengan dua wanita.
“Jujurnya, saya cuma mahukan perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff cemburu,” jelasnya yang pada masa sama turut mendedahkan bahawa adik kandungnya, Erica Astillah juga pernah mengganggu rumah tangganya bersama Aliff.
Kendati pun, Bella sedar bahawa tindakannya itu mungkin kurang bijak dan akui telah melakukan kesilapan.
- BACA: Akhirnya Ruhainies Buka Mulut Ceritakan Hal Terjadi – “Dari Sudut Agama, Memang Khilaf Saya, Tapi…”
Tambah penyanyi kelahiran Sabah itu, Aliff akhirnya menghidu jalinan antaranya dengan Muaz, bagaimanapun mendakwa hubungan mereka sebagai suami isteri semakin baik selepas itu. – ALE-ALE
Sumber: BERITA HARIAN