Selang beberapa minit selepas pelakon Ruhainies membuat penjelasan di laman Instagram (IG), pelakon Aliff Aziz turut bersuara mengenai dakwaannya terbabit dalam kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Aliff berkata, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana-mana pihak.
- BACA: [V] Pasangan Pelakon Sedang Jalani Penggambaran Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Milik Artis Wanita
“Ketika isu itu masih hangat diperkatakan, saya seboleh-bolehnya mengelakkan untuk mengeluarkan kenyataan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan terburu-buru,” tulisnya.
Aliff berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran pada hari kejadian. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, dia bertolak secara konvoi bersama PA (Pembantu Peribadi) Ruhainies.
- BACA: Akhirnya Ruhainies Buka Mulut Ceritakan Hal Terjadi – “Dari Sudut Agama, Memang Khilaf Saya, Tapi…”
“Ruhainis ada maklumkan, malam itu adik-beradiknya ada merancang untuk makan-makan di rumah.
@alealedr.com #ALEALE: Selang beberapa minit selepas Ruhainies mengeluarkan kenyataan rasmi, Aliff Aziz juga melakukan tindakan sama. Menurut Aliff, dia bersuara bukan kerana mahu menegakkan benang yang basah, cuma mahu berkongsi kepada yang sudi mendengar. #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #popular #fypシ #ruhainies #aliffaziz #bellaastillah ♬ Masa Laluku – Kangen Band
“Jadi, memandangkan ada adik-beradiknya yang lain, saya rasa, tak ada masalah kalau saya turut serta.
“Saya juga memang kenal dan berkawan dengan kakaknya, Risteena dan sudah lama tidak berjumpa. Jadi, saya rasa ia satu peluang untuk berjumpanya dan adik-beradik lain untuk makan malam,” katanya.
Kongsi lanjut, Aliff berkata, dia membantu untuk membawa barang penggambaran ke atas sementara menunggu Risteena yang masih dalam perjalanan ketika sampai di kondominium.
“Cara yang betul adalah kami sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.
“Waktu itu, kami sedang menunggu Risteena untuk sampai dan sempat berborak. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk.
“Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu.
“Kerana risau dan atas faktor keselamatan, dia kemudiannya menghubungi Risteena dan bertanya sama ada dia sudah sampai.
“Risteena beritahu, jangan buka pintu dulu dan tunggu sehingga dia sampai,” tulisnya.
View this post on Instagram
Aliff berkata, dia hanya berada di ruang tamu rumah dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan.
“Bila kakaknya sampai, sudah ada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis. Bahkan, ketika adik-beradiknya sampai, sudah ada ramai orang di luar.
“Kemudian, Ruhainies meminta kakaknya berbincang dengan pihak penguat kuasa, pintu akan dibuka sekiranya hanya ada penguat kuasa JAWI dan polis sahaja.
- BACA: [V] Jawi Kena ‘Sidai’ Tiga Jam Sebelum Pasangan Pelakon Disyaki Berkhalwat Akur Buka Pintu Rumah
“Mereka sangat profesional dalam melakukan prosedur mereka. Seterusnya, kami hadir ke JAWI dan berikan kenyataan mengikut prosedur ditetapkan. Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah,” katanya.
Selesai menjelaskan, Aliff menyerahkan pada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya.
#ALEALE: Apa Bella Astillah buat di pejabat agama Islam pada jam 2.40 pagi? – https://t.co/4JhBcjN44P
Klik link untuk artikel penuh…#alealedr #news #viral #trending #fyp #video #foryoupage #bellaastillah pic.twitter.com/Srjsk2gPjN
— ALE-ALE (@ale_aleDR) March 8, 2024
Bagaimanapun, Aliff seikhlas hati memohon maaf atas apa yang berlaku.
“Kenyataan ini adalah saya tulis untuk sesiapa yang ingin mendengar. Bagaimanapun, salah tetap salah. Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya.
“Namun, ingin saya jelaskan bahawa tidak ada apa-apa benda yang berlaku antara kami.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Dan disebabkan kekhilafan saya, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga,” katanya. – ALE-ALE
Sumber: BERITA HARIAN