Pempengaruh, Aisyah Hijanah yang tular sejak semalam selepas mengumumkan suaminya, Alif Teega sudah berkahwin dua tampil memberikan respons dalam satu siaran langsung di akaun TikTok miliknya semalam.
Walaupun pada mulanya, tujuan Aisyah membuat siaran langsung itu untuk mempromosikan produknya namun dia akhirnya membuka mulut selepas diasak pelbagai soalan oleh para pengikut di ruangan komen.
Yang menarik perhatian, sebelum Aisyah memberikan respon terhadap perkara yang berlaku pada rumah tangganya, dia sempat berkata kepada Alif bahawa dia takkan memburukkan suaminya itu.
Kata Aisyah yang sedang sarat mengandung memasuki enam bulan, sebagai isteri dia hanya perlu hadap dan berdamai dengan takdir kerana perkahwinan tersebut sudah pun dilangsungkan.
“Benda yang lepas itu, adalah lepas. Benda yang terjadi itu, kita nak perbetulkan pun tak boleh sebab dah jadi, dah kahwin dah. Jadi nak buat apa lagi?
Mengulas lanjut, Aisyah juga sempat berpesan kepada orang ramai untuk tidak memburukkan atau memfitnah suaminya seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
“Tapi Aisyah mohon dekat kau orang, jangan cakap benda yang bukan-bukanlah tentang Alif sebab dia masih lagi suami Aisyah.
Dalam pada itu, Aisyah menganggap, waktu yang dipilih oleh Alif untuk berkahwin walaupun ketika dirinya sarat mengandung adalah sebahagian daripada takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.
“Mungkin ada yang tanya, kenapa waktu Aisyah mengandung juga Alif nak kahwin? Itulah jodoh. Aisyah cakap juga dengan Alif pasal jodoh, ajal dan maut itu tak kira apa situasi kita.
Terdahulu, Aisyah sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan rumah tangganya sedang diganggu pihak ketiga yang juga merupakan pekerjanya sendiri.
Susulan berita pernikahan kedua itu juga, tular sekeping gambar memaparkan individu dikatakan mirip Alif melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pasangan terbabit mengenai gambar berkenaan.
Aisyah Hijanah yang mempunyai pengikut seramai 1.2 juta di Instagram dan hampir 1 juta di TikTok terkenal dengan kandungan berunsur informasi agama dan motivasi.- ALE-ALE
1 thought on “[V] “Mohon Jangan Cakap Bukan-bukan Pasal Alif…” – Ramai Kagum Melihat Betapa Tabahnya Aisyah”