Sejak berkahwin dengan Fatin Afeefa, suaminya iaitu Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang hangat dibualkan sehingga ada netizen melabelkannya sebagai red flag.
Terkini, tular satu video dimuat naik seorang individu yang mengatakan Opai hanyalah sekadar broker biasa dan bukannya pedagang saham.
Individu itu turut mengatakan yang Opai menjana pendapatan dengan memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng.
Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Fatin itu turut didakwa telah menipu pengikutnya dan individu yang mendedahkan itu berharap agar kebenaran bakal terbukti serta dapat keadilan.
Biarpun mendakwa Opai sebagai seorang penipu, ada juga netizen yang mempertahankannya dengan berkata dia merupakan seorang broker berdaftar.
Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada perkara yang dikatakan ini benar ataupun tidak. – ALEALE.DR