Penyanyi dan pencipta asal lagu Astana, Ernie Zakri menafikan dia menolak untuk menyanyikan lagu berkenaan pada persaingan Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38) bermula Jumaat ini.
“Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini,” katanya.
Ernie ialah penulis bersama lagu Astana di samping Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang tercalon ke SFMM38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.
Pun begitu, penyanyi lagu Emas, Nadeera Zaini diumumkan sebagai pengganti Ernie untuk membawakan lagu berkenaan.
Lantaran itu, bertebaran di media sosial netizen mempertikaikan tindakan itu dan mahu Ernie sendiri menyampaikan lagu berkenaan dengan kempen tanda pagar #justiceforerniezakri.
Sementara itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.
Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan. – ALE-ALE
1 thought on “[V] Ernie Zakri Nafi Dakwaan Enggan Nyanyi Lagu Astana – “Saya Tak Pernah Cakap Nak Tarik Diri…””