Penampilan aktres jelita, Datin Elvina Mohamad menarik perhatian ramai apabila memperlihatkan dirinya memperagakan busana labuh ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.
Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima ratusan komen negatif daripada netizen sementelah gaun digayakannya disifatkan kurang sopan, tambahan pula Elvina turut menggayakan skaf di kepala, tetapi membiarkan sebahagian bahunya terdedah.
“Dah macam zaman firaun punya fesyen.
“Macam menghina orang yang bertudung!
@alealedr_portal ♬ original sound – ALE-ALE
Ekoran hantaran tersebut, ramai yang tidak berpuas hati kerana seolah-olah aktres ini memainkan agama Islam dengan cara pemakaian tersebut.
Meskipun sedia tahu itu hanyalah sebahagian daripada fesyen, namun warganet masih tidak setuju pemilihan pelakon ini.
Barangkali tertampar dengan kritikan netizen, pelakon yang pernah muncul di drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ini bertindak untuk menutup ruangan komen hantaran berkenaan. – ALE-ALE