Usahawan yang juga anak kepada Datuk K iaitu Asyraf Khalid mendedahkan dirinya adalah telangkai kepada perkahwinan Nabila Razali dan suaminya, Nik Iruwan.
Menerusi video dimuat naik di Instagram, Asyraf memberitahu, dia ada bertanyakan tentang status Nik dan Nabila ketika bertemu mereka di dua majlis rumah terbuka Aidilfitri berbeza pada tahun ini.
“Gembira untuk dua pasangan sejoli ini. Semuanya bermula apabila kami bertemu di rumah terbuka dan saya bertanya kepada Nik, siapa teman wanitanya?
“Dua hari selepas itu, secara kebetulan, saya bertemu pula dengan Bella (Nabila) di rumah terbuka lain dan bertanyakan soalan yang sama.
“Dia juga memaklumkan masih sendiri kerana terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki,” ceritanya dalam perkongsian itu.
Usahawan itu terus terfikir nama bekas pelumba kereta Formula terbabit sebaik penyanyi terbabit mengakui dirinya solo.
Tidak menunggu lama, cerita Asyraf lagi, dia mengundang kedua-duanya ke majlis rumah terbuka di kediamannya beberapa hari selepas itu.
“Kemudian apabila saya dan isteri mengadakan rumah terbuka, kami mengambil peluang untuk memperkenalkan Nabila dan Nik,” kongsinya lagi.
@tunasyrafkhalid So happy for this 2 lovebirds. It all started when we met at an openhouse, and i asked Nik, ‘Nik, who’s your girlfriend now? He said, ‘i’m single, i want to settle down, but i want to find a good girl.’ 2 days after that, coincidentally, i met Bella at another open house, and i asked her the same question. She said she’s still single and she’s too busy to find a boyfriend. For some reason, Nik came in my mind, and I straightaway told Bella about Nik. Then a few days after, i hosted my birthday, and i told both of them i wanted to introduce them to one another. Nik came on time and looking sharp, but at around 9.30, Bella still didn’t show up. So i sent our picture to Bella saying we’re waiting for her. She was so shy, but luckily she’s quite close to my cousins, and my cousins also managed to convince her to come. Less than 6 months after that, today, they are officially husband and wife. Mashaallah. Congratulations @nikiruwan & @nabila.razali on getting married. I pray that Allah will grant both of you happiness til Jannah. Being married is not easy, but with the right partner, everything is going to be worth it.
♬ Hanya Kamu (Chorus) – For TikTok / Meta only – Nabila Razali
Menurut Asyraf, walaupun awalnya mereka tampak malu apabila dimaklumkan mengenai rancangan pertemuan terbabit, akhirnya kedua-duanya muncul.
“Nik datang tepat pada masanya tetapi sekitar pukul 9.30 malam, manakala Bella masih tidak nampak bayang.
“Jadi saya hantar gambar kami kepada Bella mengatakan kami sedang menunggunya.
“Dia sangat pemalu, tetapi nasib baik rapat dengan sepupu saya. Sepupu saya akhirnya dapat meyakinkannya agar datang.
“Tidak sampai enam bulan, hari ini (Sabtu), mereka sah bergelar suami isteri. Masya-Allah,” katanya yang tumpang gembira dengan perkahwinan itu.
Penyanyi dan ahli perniagaan itu melangsungkan pernikahan di pusat peranginan mewah The Chateau Bukit Tinggi, Pahang semalam bertemakan English Garden.
Terdahulu meida melaporkan, penyanyi berusia 31 tahun itu bertunang dengan Nik Iruwan pada 25 Ogos lalu namun mereka tidak mengesahkan perkara tersebut.
Namun pada ulang tahunnya yang ke-31 pada 13 November lalu, Nabila mendedahkan menerima lamaran lelaki pilihan hatinya. – ALE-ALE