Malam tadi telah berlangsungnya Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang menyaksikan hampir 10,000 penonton memenuhi setiap pelusuk Arena Axiata.
Tampil menggayakan lima persalinan eksklusif rekaan pereka tempatan, busana berkonsepkan Queen of Gold yang merupakan kostum keempatnya dikatakan menelan belanja sehingga RM120,000.
- BACA: Aina Abdul Lakar Sejarah, Pukau 2,000 Penonton Global Di ABU TV Song Festival 2023 Di Korea Selatan
Perekanya, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu, busana yang memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan itu dibuat daripada bahan yang didapatkan dari luar negara.
“Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manis dan labuci. Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape,” kata Ezuwan.
Menurut Ezuwan lagi, pakaian itu dijahit dengan tangan dan seluruh permukaan fabrik dipenuhi batu-batu hiasan.
- BACA: Peminat Berbalah Mahu Gelaran Penyanyi No. 1 – “Zaman Tok Ti Dah Lepas, Sekarang Bagilah Dekat Aina”
Ezuwan yang turut mengambil kesempatan menyaksikan persembahan Aina pada malam tadi menzahirkan kepuasannya saat melihat penyanyi popular itu muncuL di pentas bersama busana rekaannya.
- BACA: Aina Abdul Lakar Sejarah, Pukau 2,000 Penonton Global Di ABU TV Song Festival 2023 Di Korea Selatan
“Satu kepuasan apabila pakaian yang dihasilkan selama dua minggu ini dilihat gah dipakai oleh Aina. Saya anggap ini satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Aina dalam konsert meganya,” ujar Ezuwan. – ALE-ALE