Pak Sembur malam tadi masa tengah makan dekat sebuah kompleks beli-belah terbesar dalam negara, tiba-tiba didatangi seseorang.
Tengok empunya diri yang tergocoh-gocoh, terdetik dalam hati Pak Sembur, “Ha, dia mai dah… ni mesti ada lah tu dia nak mengata sesiapa…”
Almaklumlah, sejak sekian lama, si dia yang sememangnya kenalan baik Pak Sembur ni kerap sangat dapat berita panas atau cerita sensasi yang berlaku dalam industri hiburan tanah air.
Ya lah… dia pun bukan calang-calang empunya diri. Siapa tidak kenal ‘mamat’ yang pernah digelar kilauan emas suatu ketika dahulu.
Pak Sembur pula sejenis yang tertelan pembaris, jadi terus Pak Sembur ucap tahniah, siap berjabat tangan disusuli henjutan kerana menumpang gembira.
Tak sempat apa-apa, terus dia ‘katok’ kepala Pak Sembur guna telefon gedabak yang kebetulan digenggaman tangannya sambil bukan main laju terpacul daripada mulut dia, “Hang ni awat bodoh sangat!”
Tu dia, berderau darah Pak Sembur mendengar kata-kata perlekehan si dia, mujur saja tak tersembur air kopi jenama Bintang & Duit yang sedang diminum ke mukanya.
Lebih ‘cool’, ahli perniagaan terbabit sebenarnya mengahwini gadis berkenaan tanpa pengetahuan isteri pertamanya.
Alahai kesian pula bila Pak Sembur terkenangkan kebaikan isteri tuanya. Setiap masa sentiasa menemani suami di sisi.
Maklumlah, Encik Suami seorang usahawan yang semakin meluas empayar dan pengaruhnya. Tetapi dalam setiap masa tidak berenggang itu, sempat juga lelaki itu mencari madu.
Jadi sekarang ini, Pak Sembur menunggu sahajalah perkhabaran seterusnya. Nak tahu juga jenis bencana yang bakal melanda kelak sebaik si isteri tua mengetahui hal sebenar.
Apapun, kita sama-sama nantikan dan apabila tiba masanya, doa-doakanlah agar penambahan cawangan itu mampu berkembang dengan baik, menambahkan populasi umat Rasulullah, sekali gus menyebarkan syiar Islam. – ALEALE.DR