Vokalis AANTU Band yang juga seorang guru vokal, Adzrin Adzhar atau mesra disapa Mayin hari ini meluahkan kekesalannya terhadap tindakan segelintir peminat fanatik Aina Abdul yang memperlekehkannya.
Dia yang lebih lama bertapak dalam industri muzik tanah air itu mendedahkan, video nyanyiannya ketika menyampaikan lagu penyanyi berkenaan, Terus Hidup diserang dengan kritikan tidak profesional.
“Setelah beberapa hari video tersebut dikongsikan di laman YouTube, saya perasan terdapat beberapa komen daripada peminat fanatik Aina.
@alealedr.com Bo bo bo… ha, itulah yang dinamakan improvisasi… kalau nyanyi sebijik macam penyanyi asal, kang korang persoal lak originality dia… #alealedr #current #news #hit #artismalaysia #artist #star #celebrity #top #icon #idol #no1 #1st #fyp #viral #local #global #video #trending #popular #online #digital #media #adzrinadzhar #terushidup #vocalcoach #improvisacion ♬ original sound – ALE-ALE
“Bukannya saya tak pernah dikritik. Saya amat alu-alukan kritikan kerana pandangan pendengar itu penting untuk karier saya sebagai penyanyi.
“Apatah lagi bergelar guru vokal, semestinya saya mengharapkan pendapat orang luar untuk menambah baik ilmu yang dimiliki.
“Siap dia seru (tag) nama kawan-kawannya agar berkomplot meninggalkan komen berbaur menghina, bukannya membina,” dedah penyanyi yang popular menerusi lagu Pujaan Malaya itu.
Baginya, jika mahu memberi ulasan bersifat negatif, dia tidak kisah sekiranya seseorang itu tiada ilmu dalam bidang muzik, tetapi sewajarnya beradab.
“Saya rasa sesiapa pun bersetuju dengan pendapat ini. Adab lebih utama daripada ilmu. Jika seseorang itu tahu menjaga tatasusilanya, automatik apajua pandangannya akan dihormati,” tegasnya.
Tambahnya, berdasarkan komen yang ditulis, pengkritik-pengkritik terbabit cuba merendah-rendahkan kredibilitinya, termasuk membuat perbandingan antara pencapaian jenama Aina Abdul dengan Adzrin Adzhar.
Mayin menjelaskan, hubungannya dengan Aina tiada masalah, malahan pernah beberapa kali mereka bekerjasama dalam beberapa acara.
Sewaktu menjuarai program realiti Suara Viral 2.0 Mayin berkata, Aina antara juri yang terlibat dan semestinya saling mengenali memandangkan mereka perlu memberi komitmen selama beberapa bulan.
“Bukan itu sahaja, kami pernah duduk sebelah menyebelah ketika sama-sama menjurikan program Bintang Kecil RTM dan banyak perkara kami bualkan. Jadi, kami memang baik antara satu sama lain,” jelasnya.
Justeru Mayin berpesan, seandainya mahu mengkritik seseorang, nilai-nilai norma haruslah diterapkan supaya ulasan itu lebih cakna kepada individu yang dikritik dan menerimanya dengan baik. – ALEALE.DR
1 thought on “[V] “Lambat Lagi Nak Setaraf Dengan Aina!” – Guru Vokal, Mayin Kesal Bakatnya Diperlekeh Peminat Fanatik”