Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh selepas didakwa menikam dan memenggal kepala isterinya menggunakan sebilah pedang.
Tragedi berdarah itu dilaporkan berlaku di kediaman pasangan terbabit di Faljagadh, Uttar Pradesh, India, yang menyaksikan mangsa ditikam sebanyak 15 kali.
Suspek yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar dikatakan naik berang kerana menunggu lama minuman panasnya sebelum pertengkaran menjadi di luar kawalan.
“Suspek kemudian mengeluarkan senjata tajam dan memenggal leher mangsa dari belakang, yang menyebabkan kematian serta-merta,” kata Asisten Komisioner Polis, Gyan Prakash Rai.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan itu dilaporkan mendengar jeritan mangsa dan bergegas untuk melihat perkara itu, namun turut menjadi serangan bapanya.
Penduduk kampung turut mendengar jeritan dan berlari ke rumah pasangan terbabit, namun mangsa telah pun mati setibanya mereka di situ dalam keadaan terbaring di lantai dan berlumuran darah.
Prakash Rai dalam kenyataannya turut mengesahkan pasangan suami isteri itu bergaduh disebabkan air teh dengan memetik keterangan diberikan anak mangsa. – ALE-ALE