Sebelum ini pernah kecoh kisah keluarga Suhaimi Saad dan Ina Naim yang tidak mempunyai mesin basuh sehingga mengundang fitnah terhadap arwah suaminya itu.
Ini kerana, ramai menganggap pendirian Suhaimi sebagai jumud kerana menolak teknologi, di samping menyeksa isterinya.
Bagaimanapun baru-baru ini, seorang kenalan rapat Ina iaitu Ryhan Musa menerusi akaun Facebook miliknya mendedahkan cerita sebenar di sebalik kenyataan Suhaimi.
“Ada satu ketika itu, Ina ternampak anak jiran angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.
“Ina tegur jiran bertanyakan kenapa? Ibu budak tu jawab, spin mesin basuh mereka rosak. Kemudian Ina bercerita kepada Suhaimi.
“Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Betapa mulianya hati,” dedah Ryhan dalam perkongsiannya.
Bukan itu sahaja, meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, terdapat warganet yang memuji kebaikan serta kemuliaan pasangan suami isteri berkenaan.
Bukan itu sahaja, Ryhan turut berkongsi cerita tentang keluarga pasangan tersebut yang difitnah sebagai peminta sedekah.
“Kutipan derma itu mereka hantar kepada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana.
“Hanya bawa ribu ribu ringgit sahaja, sedangkan orang Kristian taburkan jutaan ringgit. Sebab itu ramai yang kembali murtad.
“Mereka terkapai-kapai dan tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi dan anjing.
Lantas, pendedahan itu menarik perhatian ramai netizen, malah ada yang mengakui pernah mendengar khabar angin tentang keaktifan arwah Suhaimi membantu golongan sesama Islam di Sabah.
Bahkan ramai warganet tersentuh sebaik mengetahui arwah membantu golongan mualaf di sana. – ALE-ALE