Seorang bintang filem yang baru berjinak dalam bidang lakonan berusia 37 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 21 Oktober lalu.
Berita kematian aktres Nanie Darham kembali menarik perhatian media Indonesia selepas pihak guaman mengesahkan punca yang menyebabkannya maut.
Menurut laporan yang didedahkan peguam, Nanie didakwa meninggal dunia selepas menjalani prosuder sedut lemak akibat kecuaian doktor.
Sejurus lima minit pembedahan berlangsung, Nanie terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran kerana berlakunya komplikasi.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak hospital mengesahkan pelakon Air Terjun Pengantin yang baru lepas bersalin dan bakal berkahwin itu telah meninggal dunia.
Difahamkan, darah keluar dari telinga dan mulut arwah selain terdapat luka pada bahagian tubuhnya.
Menurut keluarga, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum menjalani prosedur pembedahan sedut lemak dijalankan.
Keluarga arwah juga dalam satu kenyataan dikeluarkan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit atas kecuaian yang terjadi. – ALE-ALE
Sumber: KOMPAS