
Pempengaruh remaja sensasi, Kasih Iris Leona tampil membidas sikap segelintir individu yang menghina dengan melabelkannya gemuk.
Pun begitu tegas Leona, dia tidak pernah menghiraukan komen-komen warganet, malah sentiasa positif dengan semua dimilikinya hari ini termasuklah bentuk badan.
“Kau ada masalah ke kalau aku gemuk?
“Minta maaflah kalau kau tak yakin dengan penampilan sendiri, tapi kau tak payah tunjuk rasa insecure bila tengok aku.
“Aku gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu sahaja paling penting,” ciapnya dalam aplikasi X.
Dalam pada itu, gadis berusia 21 tahun itu turut menyindir kenyataan beberapa individu yang menyamakan bentuk fizikalnya seperti wanita berstatus ibu yang memiliki lima orang anak.
“Ada yang cakap badan saya kelihatan seperti ibu kepada lima anak. Jadi, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?” balasnya sinis.
Leona juga mempersoal individu yang gemar menulis komen negatif, sedangkan dia tidak pernah membaca komen netizen selama ini.
“Jika kau gembira stalk hidup aku, teruskan kerana pasti kehidupan kau sudah terlalu kusut. Kasihan…” getusnya. – ALE-ALE