Baru sahaja melancarkan album keduanya berjudul Aura, penyanyi terkenal, Ernie Zakri akui terhibur melihat reaksi warganet yang menyamakan kulit albumnya dengan botol bedak.
Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, ketika dihubungi berkata, dia tidak terasa hati dengan perkongsian tersebut, malah sangat positif menerimanya sebagai satu publisiti terhadap Aura.
Meskipun dilabel album bedak, peminat yang membuat perkongsian itu memuji kesemua karya yang terdapat di dalam Aura.
“Bunyinya tidak monotonous rintih membosankan semata. Mendengar album ni semacam melayan jalan cerita yang lengkap ada liku, saat bangkit,” katanya.
Bagi menjawab pertanyaan penyanyi berkenaan, rata-rata netizen berkongsi beberapa foto yang memaklumkan kulit album tersebut seakan beberapa produk bedak yang berada di pasaran.
Malah ada yang berseloroh menganggap Ernie sebagai duta bedak di Malaysia.
“Kulit album itu macam beberapa jenis bedak dekat Malaysia. Warna pun lebih kurang macam iklan bedak.
Album Aura ini mengandungi 10 buah lagu yang diolah khas oleh Ernie sendiri untuk memberi keyakinan kepada mereka yang rasa terluka dalam menghadapi kehidupan harian.
Ia merupakan sebuah album yang membawa pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif dan menceritakan tentang sumber kekuatan seseorang.
Bukan itu sahaja, penghasilan Aura juga membabitkan ramai komposer dan penerbit selain mengambil masa perancangan sekitar setahun kerana Ernie mempunyai beberapa permintaan khas. – ALE-ALE