Nampaknya ada satu lagi kes yang melibatkan seorang artis yang kini dikatakan sedang dipantau oleh Bank Negara.
Media melaporkan, selebriti cantik yang merupakan pelakon itu dikatakan masih muda dan miliki pakej lengkap seperti mana diperlukan seseorang artis.
Difahamkan, dari aspek kerjaya, aktres yang kini berada di bawah pemantauan pihak berkuasa terbabit adalah seorang insan penuh budi pekerti.
Sikap profesionalnya selaku pelakon sememangnya cukup disenangi oleh para karyawan seni tanah air memandangkan keperibadiannya yang merendah diri.
Namun begitu, hasil kekayaan yang diraih oleh pelakon wanita itu dikatakan agak luar biasa dan mencurigakan. Malah dikatakan artis tersebut dilihat mempunyai gaya hidup mewah.
Rasa curiga itu timbul kerana tawaran berlakon tidaklah begitu banyak dan agak mustahil untuk pelakon tersebut dibayar mencecah ratusan ribu untuk sekali tawaran.
Jelas sumber lagi, pelakon ini jenis tidak segan untuk tayang kepada orang ramai dan media sosial apa yang dimilikinya. Disebabkan itu, pelakon ini dikatakan berada dalam senarai dan pemantauan Bank Negara.
Dikhabarkan ianya berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA). Bagaimanapun masih belum dapat kepastian sama ada dia sudah disiasat oleh pihak penguasa atau tidak. – ALEALE.DR
Sumber: UTUSAN