Baru-baru ini hangat diperkatakan warganet selepas pempengaruh, Hajar Hanif mendedahkan kecurangan suaminya, Mikhail Isaaq yang didakwa membawa wanita lain ke rumah ketika ketiadaannya.
Terkini, Hajar menerusi hantaran di Instagram memuat naik syot layar kenyataan suaminya dan mempersoalkan permintaan Mikhail yang mahu melakukan ujian DNA bagi mengesahkan hubungan antara bapa dan anak.
“Tolong beritahu dia hukum hakam tentang taklik. Lepas tu tuduh saya ada affair dengan lelaki lain pulak… help me gais,” tulisnya.
Tambah Hajar, dia memohon orang ramai yang pernah menjadi mangsa penganiayaan suaminya untuk tampil ke hadapan menjadi saksi di mahkamah kelak.
“Even junjung al-Quran dan sumpah laknat diri sendiri pun sanggup . Sekarang ni, sumpah laknat selama dengan i tengah makan diri dia sendiri.
“Siapa kenal si dia? And siapa nak jadi saksi di mahkamah nanti? Jom, kita ramai-ramai… sesiapa yang sudi dan teraniaya oleh si dia. Komen di bawah sesiapa yang kenal dia dan kongsikan bukti,” pintanya. – ALE-ALE
1 thought on “Dituduh Curang, Mikhail Isaaq Desak Hajar Hanif Buat Ujian DNA, Persoal Status Anak – “Nak Tuduh Aku Pula…””