Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengesahkan status rumah tangga sahabat baiknya, Ira Kazar dan pengarah sensasi Syamsul Yusof masih bergelar pasangan suami isteri.
Nilam akui, pada awalnya dia agak terkejut dan terus menghubungi Ira sebaik sahaja mendengar gosip mendakwa rumah tangga mereka berantakan.
Jelasnya, Ira menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan rumah tangganya kini sedang bahagia, tiada bayangan mahu bercerai seperti yang diuarkan-uarkan.
“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian. Dia cakap, memang tak ada,” tegasnya.
- BACA: Didakwa Telah Diceraikan Melalui WhatsApp, Ira Kazar Hanya Titipkan Sepotong Doa Sebagai Respons
Malah Nilam juga berkata, Syamsul menghantar Ira ke rumahnya dan mereka kelihatan sangat bahagia dalam perkahwinan mereka, tetapi tidaklah mereka kongsikan kepada umum.
- BACA: “Pulak… Netizen Tak Ada Kerja!” – Reaksi Kazar Saisi Mengulas Gosip Perceraian Anak Dan Menantunya
Baru-baru ini, nama pasangan sensasi itu kembali menjadi bualan hangat warganet sementelah timbul dakwaan mereka sudah bercerai menerusi WhatsApp yang dihebahkan oleh sebuah portal hiburan.
Justeru, penjelasan yang didedahkan Nilam secara tidak langsung mengesahkan hubungan mereka masih utuh sebagai suami isteri yang sah. – ALE-ALE
Sumber: MSTAR