Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata, dia selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu hari ini.
Ujar pelantun suara Pencuri Hati itu lagi, dia bersyukur segala urusannya untuk bersalin dipermudahkan.
Ayda turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian. 12.12.2023. (Tak ada sale, dah tanya dah hihu).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen mengucapkan tahniah buat Ayda dan suaminya, Nabil Mahir.
Netizen turut meluahkan rasa teruja melihat foto tangan bayi yang dikongsikan pasangan tersebut.
Terdahulu, pada awal pagi semalam, pasangan itu berkongsi sekeping foto menyaksikan mereka sudah berada di hospital.
Dalam perkongsian tersebut, Ayda memohon doa daripada pengikutnya agar proses melahirkan putera sulungnya itu berjalan lancar. – ALE-ALE