Akhirnya membuka mulut, pelakon Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff Aziz diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Ruhainies, 31, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff Aziz di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.
- BACA: [V] Pasangan Pelakon Sedang Jalani Penggambaran Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Milik Artis Wanita
Ujar pelakon itu, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat tersebut berlaku.
“Pada hari tersebut, adik beradik saya merancang untuk tidur di rumah pada malam itu. Memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran, saya jemput untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga saya sejak 10 tahun lalu.
@alealedr.com #ALEALE : Setelah lima hari kes tangkap khalwat berlalu, akhirnya Ruhainies mengeluarkan kenyataan rasminya melalui hantaran di media sosial peribadi miliknya sebentar tadi. Memetik kenyataannya, Ruhainies sangat berharap agar Bella Astillah tidak berpisah dengan Aliff Aziz, malah mengakui terlalu sayangkan teman baiknya itu. #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #popular #fypシ #ruhainies #aliffaziz #bellaastillah ♬ Keajaiban Cinta – Aliff Aziz & Adira
“Aliff juga bersetuju sebab dah lama tak berjumpa dengan mereka. Risteena pula maklumkan dia dalam perjalanan ke rumah namun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
“Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan penggambaran sebelum saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu namun tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk.
“Saya sangka itu adalah Risteena tetapi apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.
“Kemudian, saya hubungi semula kakak supaya datang secepat mungkin dan periksa siapa di depan pintu. Apabila dia sampai, dia sahkan itu adalah Jawi dan polis,” katanya.
Tambah Ruhanies, Risteena juga maklumkan bahawa isteri Aliff iaitu Bella Astillah dan pihak media turut berada di depan pintu.
“Jadi, atas faktor keselamatan dan untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakak saya meminta supaya saya tidak membuka pintu dahulu.
- BACA: [V] Jawi Kena ‘Sidai’ Tiga Jam Sebelum Pasangan Pelakon Disyaki Berkhalwat Akur Buka Pintu Rumah
View this post on Instagram
“Setelah berbincang dan ada budi bicara agar pihak berwajib sahaja yang ada di depan pintu, barulah saya buka.
“Selepas dijalankan pemeriksaan, tidak ada apa-apa berlaku tetapi hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, saya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Setelah selesai, saya pulang ke rumah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekaligus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.
#ALEALE: Bella sebak apabila diminta mengulas tentang dakwaan suaminya ditangkap khalwat bersama pelakon wanita.
Klik link https://t.co/4JhBcjNBUn untuk artikel penuh…#alealedr #news #viral #trending #fyp #video #foryoupage #bellaastillah #aliffaziz pic.twitter.com/j1xKGv7Pfl
— ALE-ALE (@ale_aleDR) March 9, 2024
“Walaupun Risteena hadir, saya mengakui kekhilafan saya di sisi agama, kerana berada dalam situasi itu yang mana sekaligus menimbulkan syak wasangka yang seharusnya dapat dielakkan.
“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Jawi dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Jawi di atas kerjasama, penjagaan penuh yang diberikan kepada saya semasa kejadian tersebut berlaku dan siasatan telus yang telah dibuat oleh pihak Jawi,” ujarnya. – ALE-ALE
Sumber: KOSMO!