Berikut adalah perkongsian Puan Normah Mahadi memberi pandangannya terhadap isu tular kemahiran menyiang ikan bagi kaum wanita.
Dah tiga hari anak lelaki saya, Uwais kahwin dan dapat menantu sulung.
Tapi saya pun tak tahu menantu ni boleh ke siang ikan ke tidak.
Boleh ke masak.
Pandai ke lipat kain.
Boleh ke kemas rumah.
Boleh ke jaga makan minum anak saya.
Atau boleh ke jaga anak-anak nanti.
Siang ikan?
Kami di rumah ni tak pernah siang ikan. Semua ikan bawak balik rumah dah bersiang. Kadang dah siap masak pun ikan tu. Jadi kemahiran siang ikan ni bukan kritikal.Masak?
Menantu saya ni bekerja macam anak saya juga. Malah tempat kerjanya lebih jauh dari rumah. Anak saya kerja dekat.
Jadi, lagi sesuai anak lelaki saya yang masak atau beli lauk simple di luar dan masak nasi saja di rumah sementara tunggu isterinya balik kerja.
Tak kan nak tunggu menantu saya balik baru masak? Dahlah kerja jauh. Kalau tak sempat juga, orderlah Lalamove.
Weekend nanti masaklah penuh satu meja sama-sama. Kan?
Lipat kain?
Hish. Orang sekarang pakai dryer. Lepas basuh kain dan keringkan. Sidai aje pakai hanger dalam almari. Tak payah lipat bagai.Kemas rumah?
Buatlah sama-sama bila ada masa. Sementara tak ada anak ni, apa sangatlah nak kemas.Esok ada anak kecil nanti kalau ada rezeki, ayahnya kemas rumah. Maknya uruskan anak. Tak ada apa yang susah.
@alealedr_portal Setakat siang ikan, tak bagi masalah pun kalau tak reti… #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #currentaffairs #whi #host ♬ original sound – ALE-ALE Jaga makan minum anak saya?
Uwais ni dah besar. Jagalah makan minum sendiri. Isterinya membantu. Kalau isteri ada masa dan cuti ke, bolehlah uruskan sungguh-sungguh sementara Uwais uruskan hal lain macam basuh toilet dan mop lantai rumah. Kerja ni berat, lelaki sesuai buat.Jaga anak-anak?
Dah ada anak nanti pandailah mak dan ayahnya jaga anak. Dok fikir sekarang sampai pening kepala membazir masa aje.Habis tu menantu perempuan buat apa?
Eh! Dia pergi kerja. Bantu suami dalam hal yang mungkin suami tak berapa mampu.Jaga dirinya di tempat kerja. Solat. Menghormati suaminya. Membawa diri sebagai isteri dengan baik. Menguruskan rumah tangga dalam hal lain yang suaminya tak boleh buat.
Serta bantu membuat perancangan kewangan, simpanan, sedekah dan lain-lain lagi yang bermanfaat. Besar peranannya tu.
Siang ikan juga yang digembar-gemburkan. Tak nak siang ikan tak apa, pembantu kedai Aceh tu boleh buatkan dengan jayanya.
by Normah Mahadi
1 thought on “Isu Perempuan Tak Reti Siang Ikan Kecoh, Perkongsian Ibu Baru Dapat Menantu Ini Sangat ‘Deep’ Dan ‘Win’!”