
JDT muncul juara Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan itu menyaksikan JDT memenangi kesemua piala musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan terbaharu, Piala Malaysia.

Justeru, berdasarkan pencapaian yang baru diraih, ia menjadikan pasukan JDT selaku skuad bola sepak pertama menjuarai quadruple (empat kemenangan secara konsisten) selama dua tahun berturut.
Bukan itu sahaja, ia merupakan tahun kedua berturut-turut JDT menyapu bersih semua piala, kejayaan sama seperti dikecapi tahun lalu.

Ia juga merupakan kali keempat JDT memenangi Piala Malaysia selepas 2017, 2019, 2022, bahkan sejak 10 tahun lalu, skuad Harimau Selatan mendominasi Piala Kejuaraan Liga Super tanpa memberi kesempatan kepada pihak lawan.
JDT mendahului seawal minit ke-5 jaringan Bergson yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
Terengganu bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil jaringan penalti yang disempurnakan oleh Ivan Mamut.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 20 minit di separuh masa pertama namun gagal menghasilkan sebarang gol.

Serangan JDT akhirnya berhasil apabila pemain gantian Feroz Baharuddin menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke-72.
Terengganu cuba menyamakan kedudukan namun gagal berbuat demikian sehingga tamat perlawanan.
Dalam perkembangan tambahan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil kesempatan untuk mengumumkan cuti peristiwa buat seluruh Johor yang jatuh pada tarikh 9 Disember. – ALE-ALE
2 thoughts on “Benam TFC 3-1 Di Final Piala Malaysia 2023, JDT Skuad Pertama Negara Raih Kejuaraan Quadruple Berganda”