Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia pada malam semalam disahkan mati akibat dibunuh.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada pihak media.
Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan Zayn.
- BACA: [V] Tangisan Dan Raungan Iringi Penemuan Zayn Rayyan, Mayat Ditemui Terbaring Dalam Anak Sungai
Susulan itu, Hussein berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
@kosmoonline Sukar nak terima, masih rasa Zayn ada bersama saya – Ibu Zayn Rayyan #beritatiktok #zaynrayyan #anakautistik ♬ Very Sad – Enchan
Hussein menambah, setakat ini belum ada mana-mana individu dipanggil bagi membantu siasatan.
Rabu malam, Zayn yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
@majoritiofficial Replying to @Farafarabōzu Sedihnya min tengok ibu adik Zayn Rayyan menangis teresak-esak macam ni.. semoga pihak polis dapat selesaikan kes secepatnya.. baca berita penuh dalam link #zaynrayyan #anakautisme #kasihibu #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #damansaradamai #petalingjaya ♬ original sound – Majoriti Official
Zayn dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Selasa.
Ibunya, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.
Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran tempat kejadian menyebabkan mangsa dipercayai tidak dapat ditemui sebelum ini.
- BACA: Bukan Lemas, Zayn Rayyan Telah Dibunuh Di Tempat Lain Sebelum Jasadnya Di Letak Ke Dalam Sungai
Sebelum kejadian, Ismanira yang bekerja sebagai kerani mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga pangsapuri berkenaan. – ALE-ALE