Pasangan suami isteri yang maut dibunuh anak lelaki mereka di Kampung Sungai Penchala, Damansara merupakan keluarga yang mesra tetangga.
Jiran kepada mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka jeritan meminta tolong seorang wanita yang didengarinya adalah suara mangsa.
“Kedua-dua mangsa kemudiannya ditemukan dalam keadaan mengerikan, memang terkejut dengar kes bunuh macam ini. Di sini tak pernah ada (pembunuhan).
“Dekat sini orang ramai memang kenal dengan mangsa sebab selalu datang masjid dan dia orang lama di sini,” katanya ketika ditemui pemberita.
Tambah beliau, suspek yang berusia 40-an itu juga dipercayai merupakan bekas penagih dadah dan baru sahaja diikat jamin atas kesalahan jenayah lain.
Bagaimanapun menurutnya, suspek beberapa hari sebelum kejadian dilihat mesra dengan keluarga kerana sering melihat membantu mengemas halaman rumah.
Difahamkan lelaki terbabit melakukan pembunuhan ke atas kedua-dua ibu bapanya sekitar pukul 7 petang tadi.
Anak ketiga daripada empat beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah lain, minggu ini.
Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. – ALE-ALE
Sumber: UTUSAN
1 thought on “Pasangan Warga Emas Maut Dibunuh Anak, Baru Saja Diikat Jamin Selepas Terbabit Dengan Jenayah Lain”