
Ibu kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh, , Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia meluahkan rasa rindu terhadap anaknya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.
Ismanira Abdul Manaf, 28, menulis pesanan kepada anak syurganya itu agar menunggu di sana.

“Jumpa lagi ya abang. tunggu mommy tau abang.
“Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.
“Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Ismanira turut memaklumkan bahawa telefon bimbitnya dan suami masih berada pada pihak polis bagi membantu siasatan
Justeru, dia memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak sempat membalas pesanan di WhatsApp atau panggilan telefon buat masa ini. – ALE-ALE