Pelakon senior, Zarina Zainuddin menerusi hantaran di Instagram berkongsi rasa bangga atas pencapaian diraih anaknya, Muhammad Adam Azrai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pagi tadi.
Berdasarkan perkongsiannya, Zarina menyatakan bahawa anaknya itu berjaya memperoleh keputusan 6A, sekali gus menzahirkan kesyukurannya meraikan kecemerlangan tersebut.
“Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM, dapat 6A dan 2B+. Syukur!” tulisnya di bahagian kapsyen.
Memetik kata-katanya dalam hantaran sama, Zarina mengakui dirinya mungkin tidak begitu bijak dalam pelajaran, namun sebagai ibu dia akan memastikan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan.
View this post on Instagram
“Sebagai seorang ibu, itu pun saya bersyukur sangat. Ibu tak pandai, biarlah anak pandai.
“Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya. Amin,” ujarnya.
Untuk info, seramai 395,870 calon SPM 2023 menerima keputusan masing-masing pada hari ini.
Jumlah tersebut melibatkan kesemua calon yang telah menduduki peperiksaan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara sebelum ini. – ALE-ALE