Hubungan pelakon jelita, Puteri Sarah dan rakan niaga, aktor terkenal Indonesia iaitu Andi Arsyil sering mencuri perhatian di media sosial apabila mereka kerap membuat siaran langsung bersama.
Terbaharu, tular sebuah video yang disunting daripada siaran langsung tersebut menyaksikan Sarah tidak dapat mengawal emosi, lalu akhirnya menitiskan air mata di samping Andi.
Menerusi ruangan komen, ada segelintir pihak menjelaskan aktres drama rantaian Suri Hati itu menangis gara-gara dikritik beberapa netizen yang menggelarkannya seorang janda.
View this post on Instagram
Sementara itu, Andi atau nama penuhnya Andi Arsyil Rahman Putra tampil mempertahankan serta memujuk Sarah agak memaafkan mereka yang menghinanya.
Jelas aktor berkenaan, Sarah baru sahaja menjalani kehidupan yang rumit dan kini mahu mencari rezeki demi menyara anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah.
“Maafkan kalau dia mempunyai salah, dia baru sahaja menjalani kehidupan yang sulit, jadi dia sedang berusaha untuk bangkit saat ini.
“Tolong jangan dihina, dibuli. Semua pun tak nak kalau dihina kan? Sarah berjuang untuk hidup, dirinya dan anak-anak.
“Kuatkan diri awak. Awak maafkan mereka. Itu jadi pahala buat kamu, jangan nangis lagi. It’s okay, keep smiling.
“Terima kasih atas perhatian semua, kita bantu Sarah untuk jadi sukses,” ujarnya Andi cuba menenangkan aktres tersebut.
Sebelum ini, Sarah tampil menjelaskan hubungannya bersama Andi hanya sebagai rakan kongsi dan kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan hijab diusahakannya. – ALE-ALE
1 thought on “[V] Sedih Digelar Janda, Reaksi Puteri Sarah Dipujuk Andi Arsyil Curi Tumpuan – “Awak, Maafkan Mereka…””