Sebuah kereta elektrik terbakar semasa sedang dicas di sebuah pusat pameran kereta di sini, pada Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut melalui talian MERS999 pada jam 2.45 petang.
Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.
Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi didapati sebuah kereta Mercedes EQB sedang terbakar dan kebakaran dipercayai berlaku ketika kenderaan tersebut sedang dicas.
“Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus keseluruhan kenderaan dan lima peratus bangunan menempatkan ruang pameran (showroom).
Opening entrance kereta depan ni memang on time… dramatik!#alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #currentaffairs #mercedes ##eqb #electriccar #burn #johorbahru pic.twitter.com/WCcBKuCdf8
— ALE-ALE (@ale_aleDR) January 1, 2024
“Kebakaran turut memusnahkan 20 peratus Electric Vehicle Charging Bay di hadapan kereta yang terbakar,” katanya.
Beliau berkata, kebakaran dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera, satu saliran salur bantu mula jentera RIM dan satu aliran salur bantu mula bangunan.
Ujarnya, punca kebakaran dan anggaran sebenar kerugian masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan sekitar 3.10 petang, Ahad. – ALE-ALE