Baru saja mula ditayangkan di platform VIU, siri W: Two Worlds yang diadaptasi daripada K-drama ke budaya Malaysia sudah mula menjadi bualan panas warga maya.
Ini kerana, terdapat satu babak dalam episod awalnya mempamerkan lakonan Daiyan Trisha sebagai Izara seakan-akan bercium dengan Hun Haqeem yang membawa watak Alif.
Untuk info, berdasarkan drama asal dari Korea, watak utama wanita telah mencium pemeran utama lelaki dan olahan yang dibuat dalam drama ini adalah ‘cium berlapik’.
Lantas, adegan terbabit dengan pantas dibahaskan secara terbuka di ruangan maya oleh penonton yang rata-ratanya adalah bangsa Melayu, bahkan beragama Islam.
@alealedr_portal Cerita Melayu… Islam pula. Tak payah la tiru sebiji macam Korea kapir tu berlakon… #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #hunhaqeem #daiyantrisha #wtwoworlds #malaysia #kdrama #censored ♬ original sound – ALE-ALE
“Tapi perlu ke babak yang bercanggah dengan agama atau budaya masyarakat majmuk serta berbilang agama di Malaysia ini dilacurkan begitu?
“Jangan tiru bulat-bulat aksi yang pelakon Korea buat dalam drama asal. Kena jadi kreatif untuk mencari alternatif lain,” memetik beberapa pandangan disuarakan netizen yang membantah aksi dua bintang berkenaan.
Hujah mereka, babak tersebut tidak boleh dipotong atau dibuang memandangkan dari momen itulah bermulanya kisah percintaan si uda dan dara. – ALE-ALE