Pendatang baharu pentas lakonan tanah air, Erysha Emyra berdepan detik getir apabila kereta jenis Mini Cooper dipandunya tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya petang semalam.
Bagaimanapun, Erysha yang juga anak kepada dramatis Datin Noniswara itu bersyukur apabila dia sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Namun, dia sedih apabila kereta kesayangannya yang berwarna biru itu hangus dijilat api.
Menerusi perkongsian itu, Erysha tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan kereta kesayangan itu hangus sepenuhnya.
“Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” titip pelakon drama bersiri Perempuan Itu terbabit. – ALE-ALE