Baru-baru ini, tular beberapa rakaman diambil daripada siaran podcast Caprice sedang menemubual seorang gadis dari Indonesia, Mondy yang sebelum ini pernah dibantu oleh Ustaz Ebit Lew.
Dalam rakaman tersebut, Mondy mendedahkan pengalaman hitam yang terpaksa dilaluinya ketika dijemput ke Malaysia untuk bekerja bersama pendakwah selebriti berkenaan.
Memetik pendedahan gadis bertatu itu, Ebit hampir mencium pipinya, malahan disuruh berlakon sedang menunaikan solat demi konten dalam media sosial milik pendakwah terkenal terbabit.
Ekoran dakwaan itu, Ebit yang baru saja pulang ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi telah membuat laporan kerana merasakan dirinya menjadi mangsa fitnah dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut pada pagi semalam.
Menurutnya, kes tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah pada jam 12 malam tadi dan terus ke balai polis buat repot mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.