Pempengaruh yang dikenali sebagai Syamimia tampil menjawab isu patung David yang diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur sehinggakan tular di media sosial.
Syamimia atau mesra disapa Mimi menerusi hantaran Instagram hari ini membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya.
“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka kepada isu semasa dan merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya,” coretnya.
Pada masa sama, mengulas tentang kewujudan patung berkenaan, Mimi akui dirinya kurang peka dengan situasi yang terjadi.
“Saya akui diri ini yang masih muda dan mentah serta membuat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar kepada saya untuk perbaiki diri pada masa hadapan.
Terdahulu, Mimi pernah terpalit dengan kontroversi kerana berpendirian enggan berkongsi isu peperangan dialami Palestin di platform miliknya.
Namun setelah sedikit reda, dia sekali lagi mencetus polemik apabila warganet mendedahkan terdapat patung dewa Yunani iaitu Apollo yang dijadikan dekorasi rumahnya. – ALEALE.DR