Baru-baru ini telah berlangsungnya acara yang amat dinanti-nantikan oleh keseluruhan ahli kelab iDolla apabila dikurniakan hadiah istimewa daripada Dolla.
Empat tahun memeriahkan persada seni muzik dengan hamparan kanvas seni yang penuh warna-warni, penyanyi berkumpulan wanita itu kini boleh mendabik dada sementelah melancarkan album sulung mereka yang diberi judul New Classic.
Dihasilkan oleh barisan penerbit ternama tempatan dan antarabangsa, album mengandungi tujuh buah lagu berbahasa Melayu dan Inggeris itu turut mendapat sentuhan karyawan muzik terkenal dari Korea Selatan iaitu Hyuk Shin.
“Sebab itu sejak lagu pertama kami dilancarkan hinggalah yang terkini, Dolla pasti bekerja keras demi menjamin kualiti karya nyanyian kami akan terus diminati, sekali gus memberi inspirasi kepada pendengar,” ujarnya.
Adik bongsu dalam keluarga Dolla pula iaitu Syasya berkata, proses menyiapkan album yang memakan masa selama hampir setahun itu diakuinya bukanlah mudah, malah sangat mencabar.
“Bukan sahaja berlainan genre, konsep dan ceritanya juga berbeza-beza. Lantas semua itu membuatkan team kami sedikit lelah sepanjang proses menyempurnakannya,” ujar cucu kepada dramatis veteran, Rozie Othman itu.
Beliau pernah berkolaborasi dengan bintang-bintang bertaraf superstar seperti Justin Bieber, Anderson Paak, Blackbear, Dean, NCT, Super Junior, TXT, Exo, Monsta X, Shinee, Girls’ Generation dan ramai lagi. – ALE-ALE