Hantaran foto dimuat naik oleh usahawan dan hos popular, Neelofa di akaun media sosial miliknya baru-baru ini mencetus kontroversi.
Masakan tidak, Neelofa menerusi platform Instagram telah berkongsi sekeping foto dirinya, namun tanpa memakai purdah.
Walau bagaimanapun, memetik kapsyen yang disertakan, foto berkenaan sebenarnya dipotret menggunakan teknologi kebijaksanaan buatan atau AI.
Pun begitu, perkongsian Neelofa versi AI itu cukup membuatkan peminatnya teruja, sekali gus menuai rindu untuk menatap senyuman manis isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail terbabit.
Difahamkan, foto dikongsikannya itu bertujuan bagi mempromosikan koleksi keluaran terbaharu jenama tudung miliknya. – ALEALE.DR