Semakin diperhati, semakin jelas ada sesuatu kelainan yang berlaku di wajahnya. Paling ketara boleh dilihat, bentuk mukanya pada bahagian dagu penyanyi berbakat besar, Nadeera Zaini semakin tirus meruncing.
Cucuk muka ke? Sebab lain sangat perubahannya kini jika hendak dibandingkan kira-kira kurang setahun lalu Nak kata Nadeera mengamalkan diet, tidak mungkin bentuk muka boleh berubah drastik.
Lain macam sungguh bentuk dagunya. Sebelum ini pernahlah dengar ada beberapa kawan mengaku melalukan rawatan suntikan di bahagian dagu untuk dapatkan bentuk wajah yang runcing.
Tapi bukan senang nak jaga muka selepas melakukan ‘pengubahan’ wajah. Kena ikut nasihat dan pantang larang oleh pakar kecantikan. Makan pun kena jaga.
Kalau tidak nanti muka boleh ‘jahanam’. Siapa nak menjawabnya? Kalau wartawan tanya, jangan tak jawab pula ya. – ALEALE.DR
Sumber: KOSMO!