Aktor Syafiq Kyle memilih untuk tidak lagi mengulas tentang konflik hubungannya dengan aktres, Mimi Lana.
Menurut Syafiq, isu tersebut melibatkan banyak pihak dan telah pun diselesaikan secara baik.
“Saya harap isu ini tidak lagi diulas lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak, saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak iaitu saya dan Mimi.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem berjudul Doh bertempat di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad.
Mengulas mengenai hubungannya dengan Mimi, Syafiq menjelaskan buat masa ini dia mahu memberikan fokus terhadap kerjaya dan keluarga.
Dalam perkembangan lain, lain Syafiq muncul dengan filem Doh bersempena dengan Hari Malaysia.
Doh merupakan naskhah pertama yang dihasilkan oleh produksinya sendiri iaitu Indigo Films.
Terdahulu, majlis pernikahan pasangan selebriti terkenal, Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu dibatalkan.
Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut apabila masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial. – ALEALE.DR