Dakwaan mengatakan dirinya dilihat berhibur di kelab malam di Indonesia disifatkan Nur Fazura sebagai satu tuduhan berat yang cuba menjatuhkannya.
Fazura ketika ditemu bual hari ini menegaskan, sudah bertahun-tahun dia berdepan dengan provokasi daripada pelbagai pihak yang ternyata tidak senang melihatnya.
“Saya perlu bersuara tentang hal ini bagi menepis fitnah memandangkan selama ini saya penat dicemuh dengan bermacam-macam tuduhan liar.
Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, dia sedar dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna.
“Cuma yang saya tekadkan, saya cuba menjadi seorang muslimah yang lebih baik dan istiqamah,” tambahnya.
@alealedr.com Berani betul buat tuduhan liar macam tu… #alealedr #current #news #hit #artismalaysia #artist #star #celebrity #top #icon #idol #no1 #1st #fyp #viral #local #global #video #trending #popular #online #digital #media #fazura #nurfazura ♬ original sound – ALE-ALE
Selebriti usahawan itu berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis Ngopi Bersama Fazura yang diadakan sempena pelancaran produk kopi keluarannya siang tadi.
Pada masa sama, Fazura akui, dia masih sesekali memakai hoodie atau topi jika keluar bersama kawan-kawan wanita atau ahli keluarga.
“Ya, kadang-kadang saya memang suka pakai hoodie atau topi saja kalau pergi makan di luar. Itupun bersama kawan-kawan atau ahli keluarga.
Tambah pelakon filem Pisau Cukur itu, sebagai pencinta muzik dan gemar menari, dia tidak menafikan berhibur sambil menari adalah satu rutin bagi meredakan tekanan kerja. – ALE-ALE