Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, meninggal dunia pada 7.40 malam Rabu.
Khabar duka itu dikongsi menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi In-Team, hari ini.
“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Lahu Al-Fatihah,” jelas kenyataan ringkas In-Team menerusi Instagram rasmi kumpulan itu.
Terdahulu, Allahyarham Suhaimi ditidurkan di iCU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran kesihatannya yang kurang baik.
Namun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) bersama empat orang cahaya matanya hasil perkahwinan sejak Ogos 2007. – ALE-ALE
Sumber: AWANI