Seorang usahawan berketurunan Kemboja bersama anak lelakinya mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan mengapikan kaum Melayu.
Pasangan ibu anak itu masing-masing menafikan ada mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi jelik dengan mendakwa orang Melayu sebagai bangsa pemalas.
Tertuduh, pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings iaitu Mariyah Yaakob, 47, membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Dia yang berada di kandang pesalah kemudian mengangguk faham dan menjawab tidak mengaku bersalah dalam prosiding didengar hari ini.
@alealedr_portal Kalau dah bongkak sangat, sesuailah makcik kemboja ni kena hamun dengan rakya Malaysia.. #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #kemboja #kampuchea #auntie ♬ original sound – ALE-ALE
Mengikut kertas pertuduhan, dia menerusi platform TikTok telah membuat satu pernyataan yang bersifat provokasi terhadap orang Melayu.
“Dan orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas!” dakwanya berdasarkan video rakaman yang dimuat naik di akaunnya.
Sekali gus kenyataan Mariyah dianggap dengan niat yang berkemungkinan mengapikan kaum Melayu pada 16 November lalu, kira-kira jam 6 petang.
Rakaman tersebut kemudian ditonton di sebuah rumah di Kampung Musai, Bukit Piatu, Melaka dan ekoran itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
@alealedr_portal Ha inilah contoh tepat dan padat yang selalu pepatah Melayu duk tegur… 2 X 5! #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #makcikkemboja #anakmakcikkemboja ♬ original sound – ALE-ALE
Dalam pada itu, anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga bertindak selaku Pengarah Mariyah Holdings turut tidak mengaku bersalah atas tuduhan secara sedar menggunakan aplikasi TikTok di alamat sama dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu antara 14 hingga 16 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – ALE-ALE
Sumber: KOSMO!