Pempengaruh dan juga usahawan, Hajar Hanif menegaskan dia enggan kembali bersama dengan suami, Mikhail Isaaq yang didakwa sudah melafazkan taklik cerai talak tiga.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Hajar berkata, dia tidak akan rujuk dengan Mikhail sekiranya diberi peluang.
Hajar menekankan dia tidak sanggup untuk berkongsi suami yang disifatkannya suka mengamalkan kehidupan seks rambang.
Selain itu, Hajar juga berkongsi pendapat warganet yang beranggapan kemungkinan perkahwinan mereka hanya jatuh dua kali talak.
Bagaimanapun, Hajar menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan keputusan muktamad.
Sebelum ini, Hajar Hanif mendakwa status sebagai isteri kepada Mikhail Issaq sebenarnya sudah lama berakhir selepas jatuh lafaz taklik cerai talak tiga. – ALE-ALE