Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari dilaporkan telah menempah semua bilik hotel mewah di Bali, Indonesia buat tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya bersama Tiko Aryawardhana petang ini.
Menurut sumber, upacara pernikahan Bunga dan Tiko yang merupakan seorang usahawan ternama berlangsung di sebuah acara tertutup dengan dihadiri seramai 100 tetamu sahaja.
Bertempat di sebuah resort bertaraf lima bintang yang terdapat di pusat peranginan tersebut, difahamkan kawasan sekeliling telah dikawal ketat oleh anggota polis sejak awal pagi lagi.
Sebelum ini, seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, membocoran rahasia apabila mengatakan bahawa BCL bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali.
BCL pernah berkahwin dengan pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu dikurniakan seorang putera, Noah yang kini berusia 12 tahun. – ALE-ALE