Isteri kepada pelakon senior, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengakui suaminya itu telah melafazkan cerai terhadapnya.
Wanita itu memberitahu, dia hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam bagi membuat pengesahan lafaz cerai.
Berita perceraian itu dimaklumkan sendiri oleh Nur Nilam menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya.
Walau bagaimanapun, wanita berusia 45 tahun itu tidak memberitahu punca perpisahan mereka, namun seakan-akan memberi bayangan ia adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai ‘pelacur peribadi’ (PP).
“Aku rasa kau (orang ketiga) dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan kau orang bahagia, supaya Allah memberi hidayah kepada kau orang,” getus Nilam.
Dalam pada itu, Nilam turut memberi bayangan mendakwa wanita itu pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum dia berkahwin.
“Setahu aku, sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri.
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. – ALE-ALE